Rendang Ayam Mudah. 30 Minit Je Dah Boleh Siap Hidang.
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong sederhana
- 500ml santan
- 2 sudu makan kerisik
- 1 helai daun kunyit | dihiris halus
- 3 helai daun limau purut
- 2 batang serai | dihiris
- 3 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 3cm kunyit hidup
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan serai serta bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan pula ayam. Kacau rata.
4. Bila ayam kecut, masukkan santan. Biarkan ia mendidih atas api sederhana.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Bila kuah pekat, masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit.
7. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
8. Tutup api dan Rendang Ayam sedia dihidangkan.
Label: aneka resepi daging, resepi
0 Komentar:
Posting Komentar
Berlangganan Posting Komentar [Atom]
<< Beranda