Rendang Ayam Cili Padi, Yang Suka Pedas Patut Masak Ini
Info Chef: Jika takut daging ayam hancur kerana proses memasak terlalu lama, boleh diangkat dahulu.Tetapi pastikan ayam telah masak. Keringkan kuahnya dan apabila santan pekat dan sedikit kering masukkan semula ayam tadi. Gaul rata sehingga rendang masak.
Tarikh: 23 Jun 2017
RENDANG AYAM CILI PADi
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam saiz L | potong ikut suka dan dibersihkan dan tos
- 2 1/2 biji kelapa | ambil santan pekatnya
- ½ biji kelapa | dibuat kerisik
- 5 batang serai | dititik
- 6 batang serai | dihiris
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR
- Segenggam cili padi | Anggaran 30 biji
- 10 biji bawang kecil
- 5 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 3cm halia
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK
- Masukkan ayam dalam kuali besar dan gaulkan dengan bahan kisar serta serai titik. Hidupkan api dan biarkan sehingga air ayam sedikit kering.
- Kemudian masukkan santan dan besarkan api. Masak sehingga santan sedikit kering dan masukkan garam. Kacau rata dan kecilkan api.
- Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata.
- Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak . Kemudian masukkan hirisan serai.
- Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masak sehingga rendang kering ataupun jika suka berkuah bolehlah ditutup apinya. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 5 -6 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Pedas berlemak
Jenis penyediaan:Menu utama
Cara memasak:Reneh
Anggaran harga: RM30.00
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Pedas berlemak
Jenis penyediaan:Menu utama
Cara memasak:Reneh
Anggaran harga: RM30.00
Label: aneka resepi daging, resepi, resepi ayam
0 Komentar:
Posting Komentar
Berlangganan Posting Komentar [Atom]
<< Beranda