KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
  • 125gm tepung gandum | diayak
  • 190gm gula pasir
  • 90gm mentega | dicairkan
  • 180ml air suam
  • 1/2 bungkus yis segera
  • 5 biji telur
  • 3 biji kuning telur

CARA MEMASAK:
  1. Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.
  2. Pukul gula, telur, telur kuning dan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
  4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160⁰C selama 35 minit atau sehingga masak.
Saiz hidangan: 15 orang
Waktu memasak:35 minit
Jenis hidangan:Melayu
Keistimewaan: Rupa seakan kek span namun rasa berbeza
Jenis penyediaan:Kek tradisi
Cara memasak: Bakar
Anggaran harga:RM12.00