LAKSA MI
BAHAN-BAHAN:
  • 1kg laksa mi
  • 1 pokok daun sup
  • 1 pokok daun bawang

BAHAN SAMBAL:
  • 150gm udang kering | direndam dan kisar
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN TUMIS KACANG:
  • 10 batang kacang panjang | dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak masak

BAHAN SUP:
  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • 1 ulas bawang putih | dihiris
  • 2cm halia | dihiris
  • 1 kiub stok ayam
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan air, rebus laksa mi hingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Untuk menyediakan sambal. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan pes cili kering, kacau lagi hingga pecah minyak. Masukkan udang kering, air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  4. Kecilkan api, kacau sambal sehingga kuah pekat dan bertukar warna merah kehitaman. Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk menyediakan tumis kacang, panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan. Masukkan kacang panjang bersama sedikit garam. Gaul dan angkat.
  6. Akhir sekali sediakan sup. Masukkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, halia, stok ayam. Masak hingga kuah mendidih.
  7. Perisakan dengan sedikit garam, kemudian angkat.
  8. Cara menghidang, masukkan mi dalam mangkuk, taburkan di atasnya tumis kacang panjang, daun bawang dan sup.
  9. Kemudian tuangkan kuah sup dan letakkan sambal cili di atas mi. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Mi.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara masak:Tumis dan reneh.
Keistimewaan:Sedap kerana terasa pedas dan manisnya.
Anggaran kos:RM15.