Resipi pun saya dah bagi sekali. Kalau ada yang tak perasan post tu, saya up sekali lagi resipi kek kesukaan ramai ni ya.
Kalau rajin boleh cuba buat. Tak rajin boleh la beli je.
Kek choc Indulgence
Resipi kek span coklat:
300g sponge mix coklat
300g telur
60g air
Sedikit esen vanila
60g minyak sayuran
Masukkan semua bahan kecuali minyak. Putar sampai gebu. Dah gebu baru masukkan minyak. Kaup guna spatula atau senduk. Dah kaup rata baru masukkan dalam loyang saiz 9". Bakar suhu 170' selama 40min. Yang ni kena kenal oven masing-masing ya..
Kek dah masak, terus keluarkan dari loyang.
Bahan untuk mousse coklat:
150g dark compound
300g non dairy whipping cream
Cairkan coklat guna kaedah double boil. Ketepikan.
Putar whipping cream hingga gebu.
Satukan dua bahan ni.
Bahan untuk mousse putih:
150g white compound
300g non dairy whipping cream
Sama juga kaedah macam mousse coklat ya. Cuma bila dah siap, bahagikan mousse putih kepada dua bahagian.
Dah siap semua bahan, bolehlah belah kek span tu jadi 4 bahagian.
Lapis pertama letak mousse putih, kemudian mousse coklat, ulang semula dengan mousse putih.
Bahan ganache coklat:
300g dark compound
150g whipping cream
1sb marjerin
Cairkan dark compound dan marjerin guna kaedah double boil. Dah cair baru masukkan whipping cream. Gaul sebati.
Dah siap semua boleh la hias ikut kreativiti masing-masing.
resepi by : Norlailanazira Mohd Agos